Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"

05 Julai 2009

Dah Lama Dah

Sebenarnya sudah terlalu lama aku menyimpan hasrat untuk mempunyai blog sendiri...namun apa daya, ilmu dalam dunia siber ni amat terbatas. Aku cuba mereka blog melalui panduan yang tersedia diGoogle, namun tidak berjaya kerana banyak sangat panduan tertulis dalam bahasa mat saleh... bahasa yang amat sukar untuk aku pelajari waktu sekolah dulu. Akhirnya aku hanya pendam sahaja hasrat untuk mempunyai blog sendiri.

Semasa kunjungan adikku kerumah, beliau telah memperkenalkan blog beliau... tak sangka aku yang beliau punya blog... timbul idea untuk belajar bikin blog dari beliau. Namun masa amat mencemburui diri ini untuk balik kampong... aku bukanlah orang politik... bukan juga aku ni orang penting kat tempat kerja tapi kalau nak cuti tu memang boss aku cukup berkira.


Cuti sekolah bermula dari 30 Mei hingga 14 Jun 2009... setelah berbincang dengan semua rakan setugas, maka giliran aku bercuti adalah dari 11 Jun hingga 14 Jun 2009. Bukan main kepalang gembiranya hati ini, maklumlah nak balik kampong... nak jumpa mak ayah dan dapatlah aku belajar mencipta blog dengan adik ku.


Banyak sungguh halangan untuk aku menulis entri walaupun aku dah belajar dari adik semasa cuti camana nak uruskan blog... sekali lagi aku nak nyatakan bahawa aku bukan wakil rakyat atau seorang boss... cuma kuli aje, namun komitmen aku terhadap keluarga adalah segala-galanya. Puas aku cuba mencuri masa namun tak berupaya... bukan apa, cuma aku dah lama tak menulis. Aku perlu lebih masa untuk memerah otak bagi mencipta bait-bait kata, agar ianya tidak sumbang.


Hari ini 5 Julai 2009 aku bertugas, banyak masa yang terluang, jadinya aku nak jadikan masa inilah untuk memerah otak bagi mencipta satu entri yang amat aku idamkan. Aku nak jadikan entri ini sebagai permulaan untuk aku terus berblog.


Aku sebenarnya tak tahu sangat apa itu blog, cuma aku nak jadikan blog sebagai satu wadah untuk tatapan diri sendiri atau sesiapa saja yang sudi berkongsi minat yang sama. Sejak meninggalkan bangku sekolah aku tidak pernah lagi memerah otak untuk menulis. Aku nak asah semula otak ini dengan tujuan untuk membimbing anak-anakku kerana aku melihat mereka amat kurang dalam subjek penulisan.


Aku nak jadikan blog sebagai diari , juga sebagai satu catatan sejarah untuk bacaan anak cucu pada masa akan datang. Aku juga nak jadikan blog sebagai satu tempat untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan juga saudara mara yang dah renggang pautan tali persaudaraan.


Aku dah letih memerah otak, rasanya cukuplah untuk entri pertama ini. Jika ada luang dan masa akan aku cuba untuk mencoret lagi. Sudi-sudilah kiranya semua rakan blog menziarahi blog yang tidak sepertinya ini. Ucapan terima kasih untuk adik ku kerana sudi menjadi designer pada blog aku ini. Banyak lagi yang perlu aku belajar....

4 ulasan:

Fadh Rahman berkata...

insyallah setakat yang termampu, chu akan tolong dan klau tak menjadi keberatan bagi alang, chu akan promte blog alang kat blog chu. abang tan pun dah ada blog... B TAN tue blog dia laa.

dandon berkata...

Fadh
salam... terima kasih kerana sudi melayari blog alang... x jadi hal... tolonglah promte.

mazru berkata...

Asalamualaikum org kerayong...sedara koi belake dunia akhirat..

first time jumpe blog ni,tu pun lepas koi lepak kat blog usop..

jumpe lg org kerayong yg suke berblog,alhamdulillah mudahan ikatan persudaraan antare kite akan semakin kukuh.

macam koi dgn cuyat lah..semenjok berblog ni kerrap gek berjumpe dan ber SMS.Sebelum ni sengih-sengih angkat kepala je...hehhe

oklah bang dandon,selamat berblog...dan selamat hari raye,selamat hari-hari...

dandon berkata...

salam mazru... koi bukan tahu sangat pasal blog ni chu tu lah yg banyak ngajornye...ni pun dah lame tak update blog ni... dah huni dek hantu kot... x de mood dan x de mase...